Wednesday, May 19, 2010

PERBEZAAN LAKI DAN PEREMPUAN

LELAKI: Mempunyai ego tersendiri yg menyebabkan sukar menerima pertolongan org lain dan pandangan org lain terutama sekali pasangannya.
PEREMPUAN: Mudah menerima dan terpengaruh dgn pandangan org lain lebih2 lagi dgn org yg dicintainya.

LELAKI: Sekiranya mengalah, menunjukkan tanda tidak bermaruah atau berprinsip.
PEREMPUAN: Mengalah tanda sayang dan pengorbanan yg tidak berbelah bagi.

LELAKI: Menilai kejayaan dan diri berdasarkan hasil atau prestasi yg berlaku didepan mata.
PEREMPUAN: Seringkali menilai diri berdasarkan perasaan dan kualiti hubungan sesama manusia terutamanya org yg disayangi.

LELAKI: Suka menyendiri dan menjauhkan siri apabila berada dlm keadaan tertekan.
PEREMPUAN: Suka bercerita kpd org lain tentang masalah yg sedang dihadapi dgn harapan mendapat simpati.

LELAKI: Mempunyai emosi spt getah iaitu sesuatu perasaan itu hanya sekejap shj.
PEREMPUAN: Mempunyai emosi seperti ombak iaitu suatu perasaan yg lambat reda.

LELAKI: Biasanya suka memberi arahan bersifat ketua yg mempunyai kuasa.
PEREMPUAN: Suka berleter mengenai sesuatu perkara sehingga puas hati.

LELAKI: Bersikap pemurah atau boros.
PEREMPUAN: Bersifat kedekut atau berjimat.

LELAKI: Mempunyai fikiran yang bersifat makro iaitu melihat secara keseluruhan.
PEREMPUAN: Mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci.

LELAKI: Tidak fokus kepada sesuatu perkara
PEREMPUAN: Fokus kepada sesuatu perkara.

LELAKI: Mempunyai perasaan cinta yang setia dan lebih fleksibel.
PEREMPUAN: Cinta sepenuh hati dan setia pd yg satu.

LELAKI: Suka menyendiri dan berdiam diri apabila imej tergugat
PEREMPUAN: Mudah marah, cemburu atau merajuk apabila imej tergugat.

LELAKI: Bila berkomunikasi kurang teliti mendengar tapi cepat memberi pendapat.
PEREMPUAN: Mendengar dgn teliti sebelum membuat sesuatu keputusan.

LELAKI: Lebih banyak menumpukan kepada aspek fizikal dan kebendaan.
PEREMPUAN: Lebih menumpukan aspek perasaan dan kemanusiaan

LELAKI: Meminta bantuan kerana malas atau tidak berupaya.
PEREMPUAN: Meminta dan memberi bantuan sebagai tanda sayang dan hendak bermanja.

LELAKI: Akan melawan dan menjauhkan diri dan membisu seribu bahasa apabila berlaku pertengkaran.
PEREMPUAN: Biasanya mengalah dan berpura-pura setuju dengan pasangannya.

LELAKI: Tidak suka bercakap tentang pasangannya
PEREMPUAN: Suka bercerita tentang pasangannya dan menghormatinya

LELAKI: Agak keberatan meminta maaf
PEREMPUAN: Lebih mudah meminta maaf

LELAKI: Dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran
PEREMPUAN: Risau apabila menghadapi kesukaran

LELAKI: Suka MEMBUAT keputusan
PEREMPUAN: Suka MENGIKUT keputusan

LELAKI: Terasa selesa berjauhan dgn keluarga
PEREMPUAN: Suka bersama keluarga

LELAKI: Berfikir jangka panjang dalam pelbagai perkara, penyelesaian untuk kebaikan jangka panjang
PEREMPUAN: Berfikir cara pendek yang lebih hanya untuk selesaikan sesuatu cara dengan cepat

No comments: